Pages

18 June 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KSKKI TAHUN 2010




Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan Ikram, KSKKI, tahun 2010 telah di adakan pada 31 Mac 2010 bertempat di Auditoritum KLIUC. Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Pengerusi Majlis. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KSKKI 2010/2011 oleh YBhg Dato Ir Chong Ket Pen.


Mesyuarat diteruskan dengan ucapan Yang dipertua KSKKI dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
2010. Laporan aktiviti tahunan 2009/2010 dimulakan dengan laporan Setiausaha dan diteruskan dengan laporan Biro Sukan, Biro Rekreasi & Sosial, Biro Kebajikan, dan Biro Publisiti & Promosi.

Bendahari membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan 1.1.09-31.12.09. Pembentangan Usul, Cadangan dan Pindaan juga diperbincangkan. Kemudian disusuli dengan pembubaran Ahli Jawatankuasa 2009/2010. Perlantikan Pengerusi sementara untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa 2010/2011 bagi pemilihhan Ahli Jawatankuasa dan perlantikan Juru Audit 2010/2011.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan dan cabutan bertuah.

Terima kasih.


























16 June 2010

KURSUS ASAS KAYAK

Julung-julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan Ikram (KSKKI) melalui Biro Rekreasi dan Sosial (BRS) telah menganjurkan Kursus Asas Kayak pada 22 Mei 2010. Program yang disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri dari ahli KSKKI dan juga seorang peserta luar. Aktiviti bertujuan mendedahkan peserta kepada aktiviti luar kerana program seperti ini menekankan elemen kerjasama dalam pasukan.

Program ini bermula pada pukul 9 pagi dengan sesi pengenalan peralatan asas kayak oleh jurulatih dari Persatuan Kanu Putrajaya. Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan kepada peralatan asas seperti jenis-jenis kayak, pendayung serta peralatan keselamatan. Peserta seterusnya dibawa melihat sendiri pelbagai jenis kayak yang berbeza, dari jenis kayak rekreasi sehingga kayak untuk kegunaan sukan ekstrem.



Program diteruskan dengan para peserta diharuskan menjalani sesi ‘water confident’. Sesi ini bertujuan untuk membiasakan peserta dengan berada di dalam air dan seterusnya memberi pendedahan kepada peserta langkah-langkah keselamatan asas di dalam air. Dengan menggunakan jaket keselamatam, peserta mengapungkan diri di dalam air dalam beberapa posisi berbeza secara berkumpulan. Sesi ini disudahi dengan setiap peserta dikehendaki terjun dari jeti ke dalam air dalam posisi menegak.




Setelah selesai sesi ‘water confident’, barulah peserta dibenarkan berkayak. Dalam sesi ini, para peserta dibimbing untuk berdayung, membuat isyarat kecemasan dan membuat formasi ‘rakit’ dari kayak. Dalam formasi ‘rakit’, peserta didedahkan dengan keadaan air beralun apabila bot penyelamat dari Pasukan Polis Marin Putrajaya membuat pusingan untuk menghasilkan ombak.

Sesi petang dimulakan dengan Ekspedisi Mini dimana peserta berkayak secara berkumpulan dari Kelab Tasik Putrajaya ke Taman Botani sejauh 3 kilometer. Di Taman Botani, peserta diajar teknik memanjat kayak setelah terbalik. Yang di Pertua KSKKI, En. Zainal menjadi sukarelawan untuk mencuba dan dengan susah payah, beliau berjaya melaksanakan cabaran tersebut. Di sini juga, peserta mencuba keadah berpindah kayak dalam formasi ‘rakit’.

Peserta seterusnya berkayak kembali ke Kelab Tasik Putrajaya dan cabaran terakhir menanti di sana sebelum kursus berakhir apabila para peserta dikehendaki menterbalikkan kayak ketika di dalam air dan kemudian menaiki semula kayak dari dalam air.

Program berakhir pada pukul 5.30petang dengan januam ringan oleh pihak penganjur.









ISCAR 2010 BOWLING

Biro Sukan KSKKI 2010 mengucapkan TAHNIAH dan ribuan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bowling KSKKI 2010 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2010 di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang.

Kami juga mengucapkan syabas kepada semua Kontigen Sukan yang telah berjaya menyenaraikan peserta '1 Malaysia' dalam kontigen masing-masing. Semoga konsep ini akan berterusan untuk acara-acara yang akan datang.
Pasukan Terbaik jatuh kepada kontigen LION 'A' dengan jatuhan pin sebanyak 1,721.

Pemain Lelaki Terbaik pula jatuh kepada Rozaidi Baharuddin dari kontigen LION dengan jatuhan pin sebanyak 511.

Pemain Wanita Terbaik dimenangi oleh Natashaa Masnon dari kontigen PANTHER dengan jatuhan pin 413.