Pages

24 January 2011

CAJ BAYARAN PEMBATALAN KEHADIRAN KE MAJLIS MAKAN MALAM RETRO 2010 ANJURAN BERSAMA KISB & KSKKI

A. Sebagaimana yang telah diwar-warkan, majlis Malam Retro 2010 akan diadakan pada 29hb Januari 2011 (Sabtu) bertempat di Putrajaya Marriot @ Hotel IOI Resort, Putrajaya.


B. Sebagai makluman, pihak Hotel mengenakan caj berdasarkan kepada bilangan penyertaan di mana senarai mutakhir jumlah peserta hendaklah disahkan dengan pihak Hotel PADA/ATAU SEBELUM 26 JANUARI 2011.


C. Justeru itu, semua warga IKRAM diminta untuk memberi perhatian dan mengesahkan Perkara 1 dan Perkara 2 di bawah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan kerugian:

Perkara 1: Penyertaan Baru ke majlis Malam Retro 2010 – Bagi warga IKRAM baru/yang masih belum mendaftar nama.

Perkara 2: Pembatalan Kehadiran ke majlis Malam Retro 2010 - Bagi warga IKRAM yang telah mendaftar nama tetapi berhasrat membatalkan kehadiran mereka.

Pengesahan hendaklah dibuat kepada AJK KSKKI, Bahagian Pendaftaran Kakitangan, Pn. Nashroh (AFD, KLIUC) di samb. 248 / HP (012 584 7754.) selewat-lewatnya pada jam 5.00pm, 25 Januari 2011 (Selasa).


D. Caj bayaran sebanyak RM130/- seorang (RINGGIT MALAYSIA: Satu Ratus Tiga Puluh Sahaja) akan dipertimbangkan untuk dikenakan ke atas mana-mana warga IKRAM yang telah mendaftarkan penyertaan mereka tetapi dikenalpasti TIDAK HADIR pada majlis tersebut tanpa alasan munasabah seperti hal kecemasan atau masalah kesihatan dan tidak dimaklumkan kepada Pn. Nashroh. Kaedah bayaran oleh warga IKRAM yang terlibat akan diumumkan kemudian.



E. Senarai nama mutakhir (kedudukan meja) akan dikeluarkan melalui email dalam jangkamasa terdekat setelah mengambilkira Perkara 1 dan Perkara 2 di atas.


Selaku J/Kuasa Pengelola Majlis Malam Retro 2010, KSKKI amat mengalu-alukan penyertaan semua warga IKRAM ke majlis tersebut.



“KSKKI Cemerlang, AHLI Gemilang, KISB Terbilang”



Sekian, terima kasih

Mazliha Ramli
Setiausaha Kehormat KSKKI 2010/2011

23 January 2011

Countdown Dinner ( 5 Days to Go)


Adakah anda sudah bersedia untuk kembali ke zaman 60-an & 70-an?????

5 Hari lagi untuk kita bersama-sama bergumbira di Jamuan Makan Malam 'Retro' 2010!!!!!


06 January 2011

Happy New Year 2011!!!!!!


Belum terlambat lagi untuk kami ahli KSKKI mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011.
Diharapkan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Sama-sama kita memperbaiki diri dan tingkatkan mutu kerja anda.

Sekian. terima kasih.