Program ini bermula pada pukul 9 pagi dengan sesi pengenalan peralatan asas kayak oleh jurulatih dari Persatuan Kanu Putrajaya. Dalam sesi ini, peserta diberi pendedahan kepada peralatan asas seperti jenis-jenis kayak, pendayung serta peralatan keselamatan. Peserta seterusnya dibawa melihat sendiri pelbagai jenis kayak yang berbeza, dari jenis kayak rekreasi sehingga kayak untuk kegunaan sukan ekstrem.
Program diteruskan dengan para peserta diharuskan menjalani sesi ‘water confident’. Sesi ini bertujuan untuk membiasakan peserta dengan berada di dalam air dan seterusnya memberi pendedahan kepada peserta langkah-langkah keselamatan asas di dalam air. Dengan menggunakan jaket keselamatam, peserta mengapungkan diri di dalam air dalam beberapa posisi berbeza secara berkumpulan. Sesi ini disudahi dengan setiap peserta dikehendaki terjun dari jeti ke dalam air dalam posisi menegak.
Setelah selesai sesi ‘water confident’, barulah peserta dibenarkan berkayak. Dalam sesi ini, para peserta dibimbing untuk berdayung, membuat isyarat kecemasan dan membuat formasi ‘rakit’ dari kayak. Dalam formasi ‘rakit’, peserta didedahkan dengan keadaan air beralun apabila bot penyelamat dari Pasukan Polis Marin Putrajaya membuat pusingan untuk menghasilkan ombak.
Sesi petang dimulakan dengan Ekspedisi Mini dimana peserta berkayak secara berkumpulan dari Kelab Tasik Putrajaya ke Taman Botani sejauh 3 kilometer. Di Taman Botani, peserta diajar teknik memanjat kayak setelah terbalik. Yang di Pertua KSKKI, En. Zainal menjadi sukarelawan untuk mencuba dan dengan susah payah, beliau berjaya melaksanakan cabaran tersebut. Di sini juga, peserta mencuba keadah berpindah kayak dalam formasi ‘rakit’.
Peserta seterusnya berkayak kembali ke Kelab Tasik Putrajaya dan cabaran terakhir menanti di
Program berakhir pada pukul 5.30petang dengan januam ringan oleh pihak penganjur.
Ingin berkayak di kg teluk pekan Pahang, disg Pahang....dapatkan maklumat lanjut dari abgdin di talian 019 920 1881...tk
ReplyDelete