Pages

28 June 2011

Futsal

Sukan Futsal telah diperkenalkan secara rasmi sebagai sukan bola sepak indoor pada Kejohanan Dunia Ke-2 di Madrid, Sepanyol pada tahun 1985.

Sukan futsal biasanya dimainkan oleh lima(5) orang pemain dan tujuh(7) simpanan. Pemain boleh diganti sepanjang permainan tanpa had. Sukan ini dimainkan menggunakan bola yang lebih kecil dan kurang lantunan daripada bola sepak biasa. Peraturan ini menggalakkan improvisasi, kreativiti dan teknik serta pengawalan bola dan passing dalam kawasan yang terhad.

Sejarah futsal bermula pada 1930 di Uruguay apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan permainan ini. Di Brazil, futsal dimainkan di jalanan Sao Paolo. Pada 1971, FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) telah ditubuhkan. Seterusnya, pada 1989, FIFA telah mengambil alih dan aspek teknikal pemain dan penonton ditambah baik. Pengadil kedua diperkenalkan bersama bola bersaiz 4 yang lebih ringan, mengurangkan lantunan sebanyak 30% untuk menggalakkan permainan yang lebih lincah. Pertama kali, jaringan melalui tandukan dibenarkan.

Jaringan FIFA bersama ahli-ahli gabungan yang baik telah membolehkan lebih ramai yang memperoleh maklumat dan resource berkenaan futsal. 2004, AMF (Asociación Mundial de Fútbol de Salón, Badan Futsal Dunia ditubuhkan. Ia adalah badan yang bebas. AMF dan FIFA bersama-sama mentadbir sukan futsal ini.

Futsal dimainkan di atas padang yang dipanggil “pitch”. Ia biasanya dibuat daripada jenis kayu, bahan artificial, ‘Yinghui Court’, atau dari jenis binaan permukaan yang sama, apa-apa jua permukaan yang rata dan licin boleh digunakan. Panjang sisi ‘pitch’ berukuran dari 38-42m manakala lebar pula berukuran dari 18-25m. Permainan biasanya dimainkan selama 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 15 minit.

Ranking terkini dunia didahului oleh Sepanyol, diikuti Brazil dan Itali. Malaysia menduduki tangga ke 60. Negara jiran Asean Thailand di tangga ke 12 dan Indonesia di tangga ke 42.

21 June 2011

KEPUTUSAN RASMI BOWLING ISCAR 2011

Pada 18 Jun 2011 yang lalu telah berlangsungnya acara Bowling ISCAR 2011. Biro Sukan KSKKI 2011 mengucapkan TAHNIAH dan ribuan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bowling ISCAR 2011 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl, Metropoint Kajang.

Setelah di audit berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Ampang Superbowl, Metropoint Kajang dengan ini diumumkan keputusan rasmi untuk pertandingan Bowling ISCAR 2011.

Berikut adalah keputusan muktamad acara tersebut.

Kedudukan

Kontigen

Jumlah Jatuhan Pin

Mata

PERTAMA

RHINOS

4,535

7

KEDUA

LION

4,499

5

KETIGA

PANTHER

4,269

3

KEEMPAT

HORNET

4,080

2

Pasukan Terbaik jatuh kepada kontigen RHINOS 'A' dengan jatuhan pin sebanyak 1,610.

Pemain Lelaki Terbaik pula jatuh kepada Shafrul Ezwan Shafie dari kontigen RHINOS dengan jatuhan pin sebanyak 471.

Pemain Wanita Terbaik dimenangi oleh Nor Azizah Abu Bakar dari kontigen PANTHER dengan jatuhan pin 420.

Kepada Kontigen yang tidak berjaya diharap tidak berputus asa untuk mencuba lagi di tahun hadapan.

06 June 2011

ISCAR 2011

Salam Satu Malaysia…..

ISCAR kembali. Sebagai pembuka tirai aktiviti KSKKI Penggal 2011/2012, Biro Sukan KSKKI akan menganjurkan acara kejohanan ISCAR 2011. Di mana ia akan bermula pada 18 Jun 2011 dan berakhir pada 23 Julai 2011.

Seperti kejohanan terdahulu untuk pembukaan ISCAR 2011, Biro Sukan KSKKI akan menganjurkan acara Bowling ISCAR 2011 yang akan berlangsung pada 18 Jun 2011 bertempat di Ampang SuperBowl, Metropoint Kajang. (Sila rujuk pada poster yang dilampirkan).

Pada tahun ini juga, Biro Sukan akan mempertandingkan acara baru berunsurkan permainan Sukan Rakyat untuk menggantikan acara-acara yang telah biasa dipertandingkan dalam acara “Indoor Game” pada tahun-tahun yang lepas.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai acara-acara yang akan dipertandingkan dalam ISCAR 2011 nanti, semua ahli KSKKI boleh merujuk kepada jadual ISCAR 2011 yang dilampirkan tersebut.

Diharap penglibatan semua ahli KSKKI secara langsung atau tidak langsung akan dapat menjayakan dan memeriahkan kejohanan ISCAR 2011 yang akan berlangsung tidak lama lagi.






(Sila Klik Gambar Untuk Image Besar)