Pages

28 June 2011

Futsal

Sukan Futsal telah diperkenalkan secara rasmi sebagai sukan bola sepak indoor pada Kejohanan Dunia Ke-2 di Madrid, Sepanyol pada tahun 1985.

Sukan futsal biasanya dimainkan oleh lima(5) orang pemain dan tujuh(7) simpanan. Pemain boleh diganti sepanjang permainan tanpa had. Sukan ini dimainkan menggunakan bola yang lebih kecil dan kurang lantunan daripada bola sepak biasa. Peraturan ini menggalakkan improvisasi, kreativiti dan teknik serta pengawalan bola dan passing dalam kawasan yang terhad.

Sejarah futsal bermula pada 1930 di Uruguay apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan permainan ini. Di Brazil, futsal dimainkan di jalanan Sao Paolo. Pada 1971, FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) telah ditubuhkan. Seterusnya, pada 1989, FIFA telah mengambil alih dan aspek teknikal pemain dan penonton ditambah baik. Pengadil kedua diperkenalkan bersama bola bersaiz 4 yang lebih ringan, mengurangkan lantunan sebanyak 30% untuk menggalakkan permainan yang lebih lincah. Pertama kali, jaringan melalui tandukan dibenarkan.

Jaringan FIFA bersama ahli-ahli gabungan yang baik telah membolehkan lebih ramai yang memperoleh maklumat dan resource berkenaan futsal. 2004, AMF (Asociación Mundial de Fútbol de Salón, Badan Futsal Dunia ditubuhkan. Ia adalah badan yang bebas. AMF dan FIFA bersama-sama mentadbir sukan futsal ini.

Futsal dimainkan di atas padang yang dipanggil “pitch”. Ia biasanya dibuat daripada jenis kayu, bahan artificial, ‘Yinghui Court’, atau dari jenis binaan permukaan yang sama, apa-apa jua permukaan yang rata dan licin boleh digunakan. Panjang sisi ‘pitch’ berukuran dari 38-42m manakala lebar pula berukuran dari 18-25m. Permainan biasanya dimainkan selama 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 15 minit.

Ranking terkini dunia didahului oleh Sepanyol, diikuti Brazil dan Itali. Malaysia menduduki tangga ke 60. Negara jiran Asean Thailand di tangga ke 12 dan Indonesia di tangga ke 42.

No comments:

Post a Comment