Pages

11 July 2010

Keputusan Rasmi ISCAR 2010

Salam Satu Malaysia..

Pada 10 Julai yang lalu, berakhirlah sudah ISCAR 2010. Justeru itu, Ahli Jawatankuasa KSKKI 2010 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara tahunan ini.

Sekalung penghargaan juga kepada ke semua AJK KSKKI 2010 di atas komitmen anda sepanjang ISCAR 2010.


Pada tahun ini, telah menjadi sejarah kepada Sukan Tahunan Ikram apabila dua pasukan telah berkongsi mata dalam merebut kejuaraan. Pasukan RHINOS dan LION telah berjaya merebut piala pusingan yang baru dengan masing-masing memperolehi 55 mata. Tempat KETIGA, seperti tahun sebelumnya di menangi oleh pasukan PANTHER dengan 49 mata dan tempat KEEMPAT, di menangi oleh pasukan HORNET dengan 45 mata.


Jika di lihat daripada keputusan perlawanan ke semua pasukan pada tahun ini, jarak mata untuk setiap pasukan tidak banyak berbeza, Walaupun terdapat rombakan dalam pasukan hasil dari transformasi di dalam pengurusan Kumpulan Ikram, ia telah menghasilkan satu kejohanan yang sengit dan seimbang. Semangat kesukanan yang tinggi daripada ke semua peserta kejohanan ISCAR kali ini amat di banggakan.


TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan yang telah berjaya. Untuk pasukan yang kurang berjaya, teruskan perjuangan anda di tahun yang akan datang.



Sekian, terima kasih.




(Lagi Gambar-gambar dan Para Pemenang Selepas ini.)

No comments:

Post a Comment