Pages

29 March 2011

Cuti-cuti ke Pulau Perhentian, Redang & Lang Tengah, Terengganu (Day 3)

Hari Ketiga

Isnin, 7.3.11 pada jam 10.00 pagi, para peserta telah bersiap sedia untuk ke jeti bagi meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Besut. Kami sempat bergambar beramai-ramai dan mengucapkan terima kasih kepada Abang Man yang telah melayani kerenah kami selama tiga hari berada di pulau tersebut.

Jam 10.45 pagi, para peserta yang menaiki bot laju yang pertama telah sampai di Jeti Kuala Besut manakala bot laju yang kedua sampai 15 minit kemudian. Para peserta mengambil kesempatan untuk membeli belah di jeti tersebut sebelum menaiki bas dua tingkat Ekspres Mahligai yang telah sedia menunggu.

Jam 11.45 pagi, kami mula bertolak ke kampong losong dimana untuk melihat dan membeli keropok lekor. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk membeli beraneka jenis keropok serta merasa keropok lekor yang telah siap digoreng dan juga yang masih mentah untuk dijadikan buahtangan. Hampir setengah jam di kampong losong, kami terus dibawa ke Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu.

Sambil makan tengahari dan menunaikan solat, kami diberi masa sehingga pukul 4.30 petang untuk membeli-belah di Pasar Besar Kedai Payang. Beraneka juadah dan jualan ada di Pasar Besar Kedai Payang dan di Bazaar Warisan dengan harga yang berpatutan. Para peserta juga mempunyai banyak pilihan untuk makan tengahari samada di Restoran Terapung, Pasar Besar Kedai Payang atau di Bazzar Warisan.

Jam 4.30 petang, kami mula bertolak dan singgah sebentar di Rantau Abang dan seterusnya meneruskan perjalanan sehingga ke Cherating untuk solat Maghrib dan makan malam. Jam 9.00 malam, kami meneruskan perjalanan untuk ke Kuala Lumpur dan tiba di IKRAM jam 1.30 pagi.

Pesan kami, jangan sesekali tidak mencuba aktiviti snorkeling. Sememangnya tidak berbaloi jika ke pulau peranginan, tidak mencuba aktiviti snorkeling. Bagi kami semua, aktiviti menyelam sambil melihat tumbuhan dan spesies hidupan marin adalah detik kemuncak sepanjang percutian di pulau. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama bagi kebanyakan peserta menyertai snorkeling. Berbaloi rasanya dengan hanya membayar RM200.00 untuk mencuba pengalaman snorkeling termasuk makan minum, tempat penginapan selama 3 hari 2 malam, bayaran pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan juga menaiki bot laju.

Di kesempatan ini, pihak penganjur BRS ingin memohon ampun dan maaf andaikata terdapat kelemahan dan kekurangan sepanjang program percutian di Kuala Terengganu. Jutaan terima kasih juga kepada ahli kerana sentiasa memberi kerjasama tanpa mengira usia, bangsa, agama serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan.

Wassalam

Mazliha Ramli

Setiausaha BRS

10hb Mac 2011

1 comment:

  1. salam, nice trip !
    hope boley dpt num fon tour guide yg guide aktiviti kt ctu.
    contact me here 0134912574

    ReplyDelete